Anugerah Persuratan

Anugerah Persuratan 2015

Anugerah Persuratan 2015

Anugerah Persuratan merupakan usaha berterusan Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) dalam mengiktiraf para penulis yang bergiat dalam seni persuratan. Majlis Bahasa Melayu Singapura telah menganjurkan acara dwitahunan ini sejak tahun 1993. Selain pengiktirafan, Anugerah ini juga meningkatkan dan memupuk perkembangan penulisan dalam kalangan penulis berbahasa Melayu, menggalakkan penerbitan karya yang bermutu dan memasyarakatkan bidang persuratan.

 

Pencalonan Anugerah Persuratan 2017

Borang Pencalonan Anugerah Persuratan 2017

Borang Penghantaran Karya Anugerah Persuratan 2017

Pencalonan dan penghantaran karya untuk Anugerah Persuratan kini sudah dibuka.
Sila hantar borang yang telah diisi ke alamat di bawah ini selewat-lewatnya pada hari Khamis, 13 April 2017.

Jawatankuasa Anugerah Persuratan 2017
Majlis Bahasa Melayu Singapura
d/a   National Arts Council 
Goodman Arts Centre
90 Goodman Road, Blk A #01-01
Singapura 439053
Tel: 6346 9438 / 6346 9152
Faks: 6346 1542
E-mel: anugerahpersuratan@nac.gov.sg
Attn: Firda Raffid / Shafienas Salleh