Bulan Bahasa

 

 

 

 
Bulan Bahasa 2019

Bulan Bahasa pertama kali dilancarkan pada tahun 1988 oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan masyarakat Melayu menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Pengguna bahasa Melayu ialah pewaris bahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu dilestarikan menerusi penggunaan yang berterusan.

Daripada acara yang berlangsung sekali setiap dua tahun sebelum 2010, Bulan Bahasa telah menjadi acara tahunan. Pelbagai kegiatan Bulan Bahasa telah dianjurkan untuk menggalakkan dan memberikan keyakinan dalam penguasaan bahasa Melayu. 

Borang permohonan dana untuk Bulan Bahasa 2019 boleh didapatkan di siniSila hantarkan borang yang telah diisi ke NHB_MalayLanguageCouncil@nhb.gov.sg selewat - lewatnya pada 21 Mac 2019.

Borang pencalonan Rakan Bahasa 2019 untuk sekolah rendah dan menengah, maktab rendah dan madrasah boleh didapatkan di sini.

Borang pencalonan Rakan Bahasa 2019 untuk Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti boleh didapatkan di sini.

Sila hantarkan borang-borang yang telah diisi ke NHB_MalayLanguageCouncil@nhb.gov.sg selewat - lewatnya pada 15 Mac 2019.

'Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.'

Tema Bulan Bahasa, ‘Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.’  menggambarkan langkah kita mengharungi era baharu; berkembang daripada tema ‘Ilmu. Budaya. Mesra.’ sebelum ini.

 

‘Cita’ menggambarkan keinginan, hasrat dan harapan masyarakat dalam usaha untuk mengekalkan penggunaan bahasa Melayu ‘Citra’ memaparkan kepelbagaian dan kesesuaian bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perantaraan. ‘Cinta’ pula menunjukkan minat dan sayang akan nilai dan seninya  bahasa Melayu yang indah.

BB2018 Appointment of Duta Bahasa

Bulan Bahasa 2018

Bulan Bahasa 2017

Bulan Bahasa 2017

Bulan Bahasa 2016

Bulan Bahasa 2016

Bulan Bahasa 2015 (1)

Bulan Bahasa 2015

Bulan Bahasa 2015 (2)

Bulan Bahasa 2015