Dikir Rakyat

Date: 28 Sep 2019

Time: 7.00mlm - 10.00mlm

Venue: Dewan Serbaguna, Kelab Masyarakat ACE The Place

Dikir Rakyat memperkenalkan bahasa Melayu melalui sebuah persembahan dikir barat, di mana para penonton akan dapat mengalami dan menghargai keindahan puisi dalam bahasa Melayu. Dalam segmen interaktif, para penonton akan dijemput untuk turut menyanyikan ‘Wau Bulan’ bersama para penghibur. Persembahan ini bertujuan untuk meningkatkan penghayatan terhadap budaya Melayu, sambil memperdalamkan pemahaman tentang bahasa Melayu.