Wacana Sastera Singapura
Date:
13 Okt 2019
Time:
8.30pg - 5.00ptg
Venue:
Project Studios, Wisma Geylang Serai
Wacana Sastera merupakan sebuah wadah ceramah, forum dan sembang bersama para pakar persuratan, penulis dan khalayak. Sasterawan Negara Malaysia, Dr Anwar Ridwan, yang juga editor mapan dan ilmiawan, diundang khas untuk acara ini. Ditampilkan juga Sdr Zafilin Abdul Hamid, seorang pendidik dan perancang kurikulum dan Sdr Jamal Ismail, sasterawan dan penerbit televisyen. Turut diadakan forum yang akan menyorot trend sastera mutakhir, khususnya cara memupuk dan merekayasa minat masyarakat, terutama golongan pelajar dan generasi muda.