Siri Ceramah Anjung Warisan: Memelihara Warisan Menerusi Pendokumentasian Kerja Penggalian Semula Pusara

Date: 17 Ogo 2019

Time: 2.00ptg - 4.00ptg

Venue: Imagination Room, Bangunan Perpustakaan Negara

Ceramah oleh Puan Melor Ralif ini bertujuan mengetengahkan peranan kerja-kerja penggalian semula pusara di Singapura dalam memelihara warisan masyarakat kita. Pelbagai proses penggalian akan dikongsi dan bagaimana pengetahuan mengenai ilmu alam, botani, sejarah sosial dan psikologi turut membantu dalam pelaksanaannya. Tugas cermat mendokumentasikan segenap usaha ini memastikan warisan masyarakat kita tidak hilang dan dapat dimanfaatkan golongan mendatang dalam memelihara masa silam dan akar diri.