Mastera

 

Pemenang-pemenang Hadiah Terjemahan Mastera 2019

Sumber: National Arts Council (NAC)

Seminar Mastera 2019

Sumber: National Arts Council (NAC)


Majlis Sastera Asia Tenggara, juga dikenali sebagai Mastera, adalah sebuah organisasi bahasa serantau yang dibentuk untuk merancang dan memantau perkembangan Bahasa & Kesusasteraan Melayu / Indonesia di Wilayah Asia Tenggara. Mastera telah ditubuhkan dan diasaskan oleh 3 buah negara: Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia.

Persidangan Mastera yang pertama telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 1996. Majlis tersebut turut dihadiri oleh wakil daripada Singapura, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Pada tahun 2012, Singapura - yang telah menjadi Pemerhati sejak penubuhan Mastera, telah menjadi ahli rasmi Mastera. Sebagai ahli, Singapura kini bekerjasama rapat dengan negara-negara lain dalam usaha mereka untuk mengembangkan lagi Bahasa & Kesusasteraan Melayu di rantau ini.

Singapura turut menjadi tuan rumah untuk acara-acara Mastera pada tahun 2015 dan 2019.