Mengenai Kami

Visi MBMS

Bahasa Melayu Singapura yang baku dan dinamik dan dibanggakan oleh penggunanya.

Misi MBMS
Pemelihara status bahasa Peneraju kegiatan bahasa Pendukung pengembangan bahasa

MBMS sebagai institusi pemikir dan pemelihara bahasa Melayu yang menentukan status, dasar dan arah perkembangan dan pembinaan bahasa Melayu di Singapura dan menjadi pakar rujuk atau penasihat kepada Pemerintah Singapura dalam hal dan urusan bahasa Melayu di kementerian dan badan berkanun.

MBMS sebagai institusi induk atau pusat yang berwibawa menerajui, merancang, menyelaras dan melaksanakan program penyelidikan, pengembangan, peningkatan dan penggalakan bahasa, sastera dan persuratan Melayu yang berkesan di Singapura, alam Melayu dan dunia antarabangsa.

MBMS sebagai pendukung utama yang bertanggungjawab menggalakkan penghasilan, pemupukan dan pengiktirafan golongan elita dan rakan bahasa dan budaya Melayu sebagai ikon masyarakat.

Latar Belakang MBMS

Majlis Bahasa Melayu Singapura pada mulanya ditubuhkan pada bulan April 1981 dengan nama Jawatankuasa Ejaan Melayu oleh Kementerian Kebudayaan Singapura. Jawatankuasa ini bertugas memastikan semua ejaan bahasa Melayu yang digunakan di Singapura ditulis dengan betul menurut kaedah baru ejaan rumi yang diperkenalkan oleh MABBIM dan diguna pakai secara meluas di Malaysia dan Indonesia.

Pada tahun 1983, Jawatankuasa Ejaan tersebut diubah menjadi Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura yang diletakkan di bawah naungan Kementerian Kebudayaan dan sekarang, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY). Dari tugas memantau sistem ejaan bahasa Melayu di Singapura, fungsi Jawatankuasa Bahasa Melayu diperluas kepada mengembangkan dan memajukan bahasa Melayu di Singapura. Memandangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan semakin luas dalam bidang bahasa Melayu, Jawatankuasa tersebut telah dinaikkan statusnya menjadi sebuah Majlis. Dengan itu, pada bulan September 1992, Jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS). Antara tugas Majlis MBMS adalah seperti berikut:

  • membakukan sistem ejaan bahasa Melayu di Singapura.
  • membincangkan, memutuskan, dan memilih istilah-istilah yang sesuai serta menyelesaikan masalah berkenaan istilah bahasa Melayu.
  • menangani masalah pencemaran bahasa di Singapura.
  • mengembangkan, mempertingkatkan, dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di Singapura.

Majlis Bahasa Melayu Singapura

Pengerusi

Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim

Setiausaha Parlimen Kanan

Kementerian Pembanguan Sosial dan Keluarga dan Kementerian Pendidikan

Timbalan Pengerusi

Profesor Madya Dr Hadijah Rahmat

Ketua, Kumpulan Akademik Bahasa & Kebudayaan Asia

NIE/NTU

Setiausaha Kehormat

Encik Tajudin Jaffar

Penolong Pengarah dan Pakar Kurikulum Kanan, Unit Bahasa Melayu 

Kementerian Pendidikan 

Timbalan Setiausaha

Encik Juffri Supa’at

Pustakawan Kanan

Lembaga Perpustakaan Negara

Ahli Jawatankuasa

Puan Rahayu Mahzam

Ahli Parlimen

GRC Jurong

 

Encik Farizan Md Amin 

Pembangun Staf Sekolah &

Guru Bahasa Melayu 

Sekolah Rendah Townsville

 

Encik Abdul Harris Sumardi

Naib Presiden

Persatuan Guru Bahasa Melayu

 

Cik Aidli Mosbit 

Duta Bahasa & 

Pengurus, Seni, Pembangunan Pelajar dan Hal Ehwal Alumni

Politeknik Temasek

 

Dr Azhar Ibrahim Alwie

Timbalan Ketua, Jabatan Pengajian Melayu

Universiti Kebangsaan Singapura

 

Cik Azizah Zakaria

Ketua Program, Diploma Pengurusan Teater dan Seni

Politeknik Republik

 

Encik Daud Yusof

Editor, Berita Mediacorp

Mediacorp Pte Ltd

 

Encik Hassan Salleh

Pengarah Rancangan Kanan, Penyiaran Melayu 

Mediacorp Pte Ltd

 

Dr Jazlan Joosoph

Pakar, Kebidanan dan Ginekologi, Hospital Raffles

Raffles Medical Group

 

Encik Mohd Asri Sunawan (Riz)

Duta Bahasa & 

Karyawan Media dan Komunikasi

 

Encik Mohd Saat Abdul Rahman

Editor, Berita Harian / Berita Minggu

Singapore Press Holdings

 

Cik Nafisah Ismail 

Penolong Pengarah Kanan, Divisyen Media

Kementerian Perhubungan dan Penerangan

 

Puan Norshima Abdul Aziz

Pengarah, Jabatan Perhubungan

Yayasan Mendaki

 

Encik Omar Ismail

Pengerusi

Persatuan Rakyat MESRA

Lembaga Penasihat

Pengerusi Encik Yatiman Yusof
Ahli

Encik Hawazi Daipi

Profesor Madya Dr Kamsiah Abdullah

Dr Shaharuddin Maarof

Encik Sidek Sanif

Encik Wan Hussin Zoohri